Jumaat, 9 Oktober 2009

Resdung vs Sinusitus........... kenali penyakit resdung secara saintifik.



Dalam satu bilik kecil, seorang pengamal perubatan tradisional mengasapkan wajah seorang pesakit kononnya bagi mengubat resdung.
“Sekejap lagi kamu akan lihat ulat kecil keluar daripada muka kamu daitulah ualt yang menyebabkan kamu menghadapi resdung,” demikian kata bomoh berkenaan bagi meyakinkan pesakit.
Bagaimanapun, beberapa ketika kemudian, kenyataan bomoh berkenaan benar-benar terjadi. Dari muka peskit, kelihatan timbul ulat kecil menyerupai hampas kelapa yang dikatakan punca penyakit resdung.
Resdung mungkin menjadi antara penyakit yang popular di Negara ini lantaran kaedah rawatannya tidak saja tertumpu di hospital atau pusat perubatan tetapi turut memenuhi kaki lima dan pasar.
Ramaai mendakwa mampu mengubati penyakit itu malah menggunakan pelbagai kaedah rawatan yang menghasilkan pelbagai ‘punca’ penyakit itu daripada lender sehinggalah ulat seumpama hampas kelapa yang keluar daipada pipi pesakit. Tidak ketinggalan juga laporan mengatakan bahawa kaedah digunakan hangyalah penipuan.
Mendengar penerangan Perunding Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Dr. Abd Razak Rahman Hamzah, mungkin menyebabkan pesakit lebih berhati-hati memikirkan kembali kesahihan kaedah rawatan yang digunakan. Tiada kaitan antara ulat yang terhasil di bahagian muka dengan penyakit resdung atau disebut ‘sinusitis dalam istilah perubatan moden malah penyakit itu juga tidak memberi kesan terhadap kulit seperti berlakunya jerawat.
Beliau berkata, ini disebabkan sinusitis adalah masalah kesihatan yang berlaku pada rongga sinus yang terletak di tengkorak manakala jerawat adalah masalah kesihatan membabitkan kulit.

Sinus adalah rongga yang dipenuhi udara atau kaviti yang terletak di antara tulang muka yang mengelilingi hidung. Ia dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Frontal, Sphenoidal, Ethmoid dan Maxillary.

Apabila membran mukos mendapat jangkitan daripada bakteria, virus atau kulat, ia menjadi bengkak seterusnya menghalang pengaliran mukos atau lendir daripada sinus ke dalam hidung dan tekak yang akhirnya mengakibatkan tekanan dan keradangan dalam rongga sinus.

Apabila seseorang mengalami alahan, lapisan yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak dan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal.

Rongga sinus yang tersumbat berisiko mendatangkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Jika jangkitan dibiarkan berlarutan, nanah boleh merebak ke mata sehingga mengakibatkan buta selain merebak ke otak.

Sehubungan itu, seseorang yang menghidapi selesema tetapi tidak sembuh selepas seminggu, mereka mungkin menghidap sinusitis dan perlu mendapatkan rawatan segera.

Rawatan awal iaitu kurang empat minggu, mungkin boleh diubati menggunakan ubat dan antibiotik tetapi jika kronik atau berlarutan melebihi lapan minggu, ia memerlukan pembedahan.

Untuk mengesan penyakit resdung, kaedah endoskopi digunakan iaitu tiub kecil dan sumber cahaya dimasukkan ke dalam lubang hidung sehingga ke rongga sinus. Ia membolehkan pemeriksaan lebih teliti dijalankan bagi mengetahui apa sebenarnya di dalam rongga sehingga membawa kepada gejala penyakit itu.

Jika mukos di dalam ruang sinus sudah menjadi pekat, tiub akan dimasukkan untuk mencuci dan menyedutnya keluar. Pada peringkat yang lebih serius, pembedahan kecil terpaksa dilakukan bagi memperbetulkan semula tulang yang bengkok serta membuang ketumbuhan.

80 peratus daripada penghidap asma berpotensi menghidap sinusitis dan bagi penghidap penyakit itu, walaupun sudah pulih sama ada menerusi pengambilan antibiotik atau pembedahan, mereka masih berisiko untuk mendapat kembali jangkitan pada masa akan datang, bergantung kepada tahap imunisasi badan masing-masing.

Sinusitis tidak berjangkit kepada orang lain melalui bersin serta tidak diwarisi daripada ayah atau ibu kepada anak. Bagaimanapun, masalah alahan atau asma boleh diwarisi secara genetik dan membawa kepada resdung apabila ia tidak dirawat dengan betul.

FAKTA
Simptom sinusitis
Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang biasanya disebabkan jangkitan pada Maxillary sinus.
Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal sinus.
Sakit di bahagian belakang mata, di atas kepala yang disebabkan jangkitan pada bahagian Sphenoid sinus.
Sakit di sekitar atau belakang mata disebabkan jangkitan pada bahagian Ethmoid sinus.
Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka diikuti dengan keadaan hidung yang sentiasa berair adalah simptom paling utama bagi penyakit sinusitis.
Pening kepala.
Hidung tersumbat.
Banyak lendir dalam hidung dan tekak yang berwarna kuning pekat atau kehijauan.
Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.
Demam atau rasa tidak sedap badan.
Berlaku gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
Kurang deria rasa atau bau.
Kelesuan.

Sumber dari Minyak Kelapa Muda

Rabu, 7 Oktober 2009

Tanda2 dan Penyakit....


MATA – Bertindak balas dengan keadaan hati.

Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.

Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.



HIDUNG – Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

Selsema
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.

Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
Hidung sebu

Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Bersin

Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Batuk

Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


KERONGKONG
Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

BIBIR. Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
Bibir pucat

Sistem penghadaman yang lemah.
Perut mengandungi angin.
Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.

MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah.
Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT
Peluh

Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
Rambut Gugur: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
Sendi Sakit

Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout).
Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN
Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala:

Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain.
Bisuk di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

MULUT/KERONGKONG
Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
Muntah Darah:

Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung.
Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman

KENCING
Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR
Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
Najis Berdarah:

Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.

TINDAK BALAS BADAN
Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.

Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

TINDAK BALAS EMOSI
Rasa Takut Mengejut: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah.
Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab:

Sistem jantung yang lemah.
Sistem saraf otak yang lemah.
Masalah pengaliran darah.
Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah.

Wallahu a’lam

Petikan Sumber diatas adalah dari Weblog Imam Khalid..

Khamis, 16 Julai 2009

Yakjuj & Makjuj (Berita Gempar Dari NASA!!!)

WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.. Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini.

“Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknyer mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”. “Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu.

“Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole”

“Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”. “Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau”.

“Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”. Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.

“Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria”, mengikut kata sumber.“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.

“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?”

Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.

“Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa tanda tanya.

Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasama? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”. Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”. Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

~ Terjermahan bebas ke Bahasa Melayu.. Sumber asal Derro Found Living Under The Earth“

Jumaat, 12 Jun 2009

AKIDAH Akhlak

Nasihat Untuk Pendakwah dan yang ingin berdakwah.
Hadith :
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda “Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya:”Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?” Maka ia menjawab:”Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.”

(Bukhari & Muslim)



Huraian
1. Dalam usaha membina individu dan mendidik masyarakat, Islam amat mementingkan ketinggian akhlak seperti benar dalam percakapan dan tindakan, penuh rasa tanggungjawab (amanah), menepati janji, toleransi, pemaaf, penyantun dan sebagainya.
2. Seorang pendakwah itu hendaklah mendahulukan contoh perbuatannya daripada ucapannya kerana dakwah melalui perangai atau akhlak yang baik (qudwah hasanah) merupakan media yang paling efektif kepada masyarakat yang akan menjadikannya sebagai contoh (idola) untuk diikuti.
3. Sesungguhnya orang yang pernah menyuruh orang lain berbuat baik sementara dirinya sendiri melanggarnya adalah orang yang bakal menempuh siksaan yang amat berat di hari akhirat kelak. Keadaanya samalah seperti ‘ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus ‘. Oleh itu hiasilah diri dengan akhlak yang terpuji, penampilan yang baik, etika pergaulan yang bersopan dan sifat-sifat mulia yang lain supaya tidak tergolong di kalangan orang-orang yang ‘cakap tak serupa bikin’!.

Selasa, 9 Jun 2009

Kah! Kah! Kah!...Faham ker? BUNTUKARAI wah oiii...dibuatnyer.



Aper??? tak paham laa ...tak paham...sungguh tak paham laa aper awak tulis nihhh...
aduhhh... naik senget otak aku, mata aku ni tak betul ker atau penafsiran dalam otak aku nii yang dah biol agak nyer nak pahamkan aper yang ditulis oleh minah india nii..cam ni ker kalau nak iklankan sesuatu dalam bahasa Malaysia.....hehehehehe...
Entah aper kebendanyer yang dia nak ...BUNTUKARAI dibuatnyer....
nak tau lebih lanjut...baca di blog disini

Isnin, 11 Mei 2009

Kini Soalan Bocor diterjemahkan ke Bahasa Melayu


Kadang tuu kalau pergi ke majlis kematian apabila telah selesai sembahyang mayat kita akan berangkat ke perkuburan untuk upacara pengkebumian jenazah. Dan apabila jenazah telah berada di perkuburan lalu di tanam ke dalam liang kubur dengan sempurna. Setelah itu bermula lah bacaan talkin oleh tok imam tanda telah sempurna jenazah itu disemadikan di dalam liang kubur.
Bacaan tersebut bukan lah peringatan untuk simati tapi adalah kesedaran serta amaran bagi mereka yang masih hidup untuk mengingati mati. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Ini adalah terjemahan talkin yang di baca untuk kita supaya mengetahui isi kandungan bacaan tersebut. Saya tak pandai bahasa arab dan Al Quran jadi sama-samalah kita baca dan paham..

Bismillahhirrahmannirrahim....


Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang
berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,


Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik

dan siapa yang kecewa.


Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk
menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada
orang yang masih hidup.


Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan
zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa


menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah
Taala.


Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa
bersama-sama dari dunia ini.


Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.


Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya

melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.


Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang
malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah
berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta
janganlah kamu susah-hati dan terkejut.


Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba

Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.


Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.


Mereka berkata:


Siapakah Tuhan kamu?


Siapakah Nabi kamu?


Apakah agama kamu?


Apakah kiblat kamu?


Siapakah saudara kamu?


Apakah pegangan iktikad kamu?


Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?


Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan
sehabis-habis terang, tepat dan betul.


Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah,
biarlah tenang dan berhati-hati.


Hendaklah kamu jawab begini:


Allah Taala Tuhanku,


Muhammad nabiku,


Islam agamaku,


kitab suci Al-Quran ikutanku,


Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan,mengeluark an zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas
aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan
dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah
Muhammaddur rasulullah".


Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang
paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam
Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula
untuk berkumpul di Padang Mahsyar.


Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun
dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan
kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan
neraka adalah benar.


Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha
berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.


Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi
Allah Taala.


Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan
hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati
kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang
seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.


Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa
mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.


Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.


Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"


Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada
di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang

ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati
dengan kesabaran." Surah Al-A'sr .


Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah
pesanku walaupun satu ayat..."


Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur
"masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan
TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.


Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali
ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"


Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih
disebabkan oleh WUDHU'."


Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil
membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD
tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu

"itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN"
mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian"
Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat
para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba
Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya


TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati


1. Para Nabi


2 Para Ahli Jihad


3. Para Alim Ulama


4. Para Syuhada


5. Para Penghafal Al Quran


6. Imam atau Pemimpin yang Adil


7. Tukang Azan


8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak


9. Orang mati dibunuh atau dianiaya


10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari

kalangan orang yang beriman.


Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah
saw:


Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur
dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:


" Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku
berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan
dahaga.


Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah
buahan syurga.


"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua
anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang

dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh
dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak
melebihi daun-daun kayu di bumi.


Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada
mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam
Surah Al-Haqqah bermaksud


"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan
pada HARI yang telah LALU itu."


* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa
mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah
Al-Baqarah : 237


Untuk renungan dan amalan bersama .


"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

Jumaat, 8 Mei 2009

Kenderaan MPV Perodua terbaru - D46T


Inilah kenderaan keluaran terbaru bakal berada dipasaran dalam tahun ni jugak kalau tak silap laaa...Kepada yang berminat bandingkanlah harga kenderaan ini dengan harga MPV keluaran Proton. Harganya kalau tak silap sekitar RM55k-Rm70k, jauh lebih murah berbanding Proton.

Khamis, 7 Mei 2009

Jenis Darah Refleksi Peribadi - Sejauh manakah kebenarannya.




Ini adalah salah satu email yang diterima oleh saya baru-baru ini.Agak sukar jugak untuk saya menerima akan kebenaran dan kesahihannya,benarkah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri.

DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan
sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan
kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang
melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai
matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan
memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius
dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu
sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar
tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu
gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan
diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling
mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan
mu.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu
itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang
memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil
dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu
untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan
kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang
terabai.

DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa
dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu
jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam
melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan
cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah
bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun
kelompok golongan tertentu.

Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu
yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu
mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan
kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita
boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas
terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB
ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang
berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu.

Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap
menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan
biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.


Kesimpulan:-
Persoalannya sejauh manakah kebenaran kajian yang dilakukan oleh mereka ini. Kadang-kadang, yang penting bukan benar atau salahnya sesuatu itu, tetapi adakah kita telah syirik kepada Allah atau tidak.Dengan cepat mempercayai sesuatu perkara itu tanpa menggunakan akal, iman dan ilmu maka janganlah cepat mempercayai sesuatu perkara itu tanpa perkabaran yang tepat dan diselidiki terlebih dahulu kebenarannnya. Ingatlah dengan firmanNnya “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu
kaum itu melainkan kaum itu (terlebih dahulu) mengubah
apa yang ada dalam dirinya". Jika ianya berlaku sekalipun mungkin ianya hanya kebetulan sahaja, Wallahhualam..

Rabu, 29 April 2009

Terkejut Beruk

video

Kalau nak tahu macam nii lah yang dikatakan 'Terkejut Beruk'. Terkejut yang teramat sangat hinggakan terpandang muka sendiri pun boleh terkejut atau dilakukan oleh orang lain untuk memeranjatkan kita..

Jumaat, 10 April 2009

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :-"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat,kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri)disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA
---------------------
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:- "Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud.Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam.

Khamis, 2 April 2009

Kedatangan orang baru...


Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada dua sahabat iaitu Yeop Raduan dan Rosman disamping menerima cahayamata yang ke berapa teman tak tahu Yeop..Yang keberapa agaknya Yeop dan kehadiran orang baru bagi saudara Rosman semoga anak yang dilahirkan sihat walafiat dan dilindungi Allah hendaknya.. Maka bertambahlah umat Muhammad SAW yang bakal mengimarahkan bumi Allah ini serta bertambahlah rezki...Insyaallah.

Rasenyer dah lamer tohor tak pegi ngail tuu, maknanyer lepas nii boleh sambung semula aktiviti yang telah lama diidamkan tuu. Orang zaman dulu simpan kerih dalam lemari kalau bergegor tiba2 tuu tandanya kerih tuu nak makan orang la tuu, tapi sekarang orang sekarang ni lain pulak ceritanya kalau bergegor dalam lemari tuu bukan nyer kerih tapi joran yang dah lamer jugak laa di simpan dalam lemari itu tandanya nak kena lepas jugak gian ngail tuu. kalau idak nampak jer sungai ker kolam ker udah ngeligih tangan tuu. Jangan buat pasey Wah oii! mau tojon dalam sungai dibuatnyer.Itu gian bebenor dah tuu...hah aper lagi tunggu moh ler Karao...

Khamis, 19 Mac 2009

Festival Filem di Bukit Gantang?????...







Bagaikan bukan berada di suasana politik hinggakan lahirnya pengkarya-pengkarya seni hebat mempromosi filem yang hebat zaman ini yang mengikut peredaran suasana politik tersebut.. tapi bukan filem sendiri yang dipromosikan. Sebaliknya yang istimewanya hampir rata-rata Pelakon, Pengarah, Penulis Skrip dan macam-macam lagi di barisi oleh karekter yang sama hinggakan suasana pilihanraya yang bakal berlangsung seolah-olah bertukar menjadi Festival Filem. Sungguh berbakat orang-orang seni di Bukit Gantang menghasil idea kreatif ini membuat promosi... Tahniah! Hidup Seni.
Gambar adalah ihsan dari blog cinaislam.. terima kasih

Sabtu, 14 Mac 2009

Tragedi berdarah berlaku di Changkat Jering


Nii bukan peristiwa bergaduh ker aper cuma nak ucapkan Selamat Pengantin Baru pada pasangan Wan Norani & Sarizal yang melangsungkan perkahwinan mereka pada hari ini serta esok.... jangan marah ngan tajuk tuu saje jer cam tuu...
Yang berdarah tuu ayam ngan kerbau kene sembelih kat sana.. nak buat kenduri laa katakan...
Pada pasangan pengantin saya doakan agar berbahagia dan berkekalan hingga akhir hayat dan dikurniakan anak-cucu yang beriman lagi soleh... InsyaAllah

Jumaat, 6 Mac 2009

Hebat tuu..ingat dalam filem jer buat cam nii...



Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Belum akan terjadinya kiamat sebelum banyak ‘haraj’. Bertanya para sahabat,:”Apakah itu haraj ya Rasulullah?” Jawab baginda,:”Pembunuhan! Pembunuhan!”
(HR Muslim r.a.)

MasyaAllah kejam sungguh Polis nii sanggup lakukan apa saja...
Bagaimana dan Mengapa Dia Dibunuh? Terjemahan)KLIK Artikel ini diterjemahkan oleh Kerajaan Rakyat dari artikel asal yang bertajuk "The Altantuya Shaaribuu's Case : How And Why She Was Killed?" dan disiarkan oleh sebuah akhbar Perancis pada 5 Mac 2009. Bacalah disini klik
Patutkah ini berlaku di negara kita sendiri, mungkin satu harim berlaku pada kita , anak2 kita, saudara-mara kita dan lain-lain yang yang rapat dengan kita.

Isnin, 2 Mac 2009

gatal tangan guna Photoshop




Sebelum & Selepas...

Personaliti TV kena cekup

MINGGUAN MALAYSIA/HIBURAN
ARKIB : 01/03/2009

Baru saja senyap kes penyampai berita sebuah stesen televisyen swasta yang kena tangkap kononnya melakukan pesta seks, seorang lagi personaliti televisyen kena cekup.
Mak oi... panas betul stesen televisyen ni. Yalah... macam mana tak panas sebab personaliti tu bukannya kena cekup dengan orang lain tapi bos tempat kerja dia sendiri.
Menurut sumber, bos ni memang minat sangat dekat personaliti tu.
Hubungan dia orang satu stesen TV tu dah tahu tapi tak siapa yang berani tegur.
Yalah... banyak cakap nanti alamat kena buang kerja la walaupun dia orang selalu nampak bos dia orang tu kadang-kala dah jadi macam ulat bulu bila berdepan dengan personaliti lawa tu.
Personaliti tu pula terpaksa la layan supaya senang dapat perhatian.
"Dengar ceritanya bini bos stesen TV tu mengamuk bila dapat tahu laki dia kena cekup. Selama ni bini dia memang dah tahu laki dia miang tapi tak ada bukti.
"Bila dah kena tangkap, barulah bocor rahsia," kata sumber.
Tengok muka pun bos ni nampak macam boleh tahan juga miangnya. Kalau bercakap tak nak kalah. Dia saja betul.
Tut... tut kena tangkap. Mesti orang stesen TV tu bersorak macam orang tengok bola.

Agak-agaknya siapa yer??? Mari kita dengar siapa yang kena...
Tak tahu malu betul.. udah la rumah kata pergi, kubor kata mari.. itu pun kalau ada buat amalan yang secukupnya.. kalau tak.. terima jer laa balasan dari Allah..
Tu la pasal kalau cakap dia jer betul... dia terlupa agaknya cakap orang sekeliling dia lagi betul..
Ingat anda mungkin di atas tapi suatu pasti anda akan berada di bawah...

Jumaat, 16 Januari 2009

Kalau nak buat dosa pikir laa dulu........akibatnya

Ada seorang soleh yang sangat patuh kpd perintah agama,dan senantiasa menjaga diri drpd segala bentuk maksiat dan keburukan, sehingga pada satu malam terlintas di dalam hatinya hendak berzina dengan seorang wanita cantik jelita kerana terpesona dengan kejelitaannya.

Kebetulan pd ketika itu , disampingnya ada sebuah pelita yang baru saja dinyalakan untuk menerangi rumahnya. Maka dia pun terus menajamkan pandangannya pada api yg sedang bernyala-nyala pd sumbu pelita itu.

Kemudian berbisik pada dirinya sendiri: "Engkau mengajak aku melakukan perkara terkutuk dgn wanita itu? Baiklah! Aku akan meletakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu, kiranya ia tahan panasnya, nescaya aku turutkan kemahuanmu (nafsu) itu."

Lantas orang soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu tadi. Dan dia cuba menahan diri dari kepanasannya, sehingga hampir-hampir nyawanya akan tercabut kerana tidak tahan panas yang dideritanya itu.

Lalu segera dia berteriak: "Wahai jiwa (nafsu), tahniahlah engkau!, rupanya engkau tidak tahan. Ini baru drpd kepanasan api dunia, engkau sudah tidak tahan, padahal api dunia itu telah disejukkan oleh Allah S.W.T. dgn air sebanyak 70 kali ganda agar manusia boleh bertentangan dengannya.
"Kalau hanya menghadapi api dunia, engkau sudah tidak tahan, apatah lagi untuk menghadapi api neraka, yang panasnya 70 kali ganda lebih dahsyat kepanasannya daripada api di dunia ini," tambah orang soleh itu.
Lalu orang soleh itu pun berpaling dari niatnya untuk melakukan dosa lantas bertaubat. Sejak hari tiu hatinya tidak tidak pernah diganggu lagi oleh lintasan buruk seperti itu.