Sabtu, 15 November 2008

Telefon...bil naik


Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;
Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah,ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.
Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.
Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.
Maid: Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya.

Jumaat, 14 November 2008

Photoscape+Photoshop


ini adalah hasil gabungan efek dari dua perisian cepat dan pantas..bukan nak promote anak dara tuu yer.. pasal gambar nii kualiti kurang bagus kene la touchup lebih sikit dengan penggunaan 2 perisian tuu.. pada aku boleh laaa..aku tak berapa bagus sangat nak dibandingkan ngan kawan2 aku nii...

Khamis, 13 November 2008

Photoscape..mungkin citarasa anda...



Adakah anda mengenali beliau...atau pernah menggunakan perisian yang telah beliau cipta utk menghasil karya fotografi yang memenuhi citarasa anda atau pelanggan anda..Beliau adalah Joseph Balena seorang masters dalam fotografi dalam pelbagai sudut seni foto.....http://www.photoscape.com/Balena%20Pics.htm.
Beliau telah menghasil satu perisian Photo Retouching dengan pelbagai teknik serta efek yang mudah dan cepat yang hampir menyamai pencapaian Photoshop..namun ader yang kurang lengkap pada perisian tersebut...Bagi kaki foto yang kesuntukan masa atau yang kurang pengetahuan dalam perisian Photoshop.. maka jawapan nyer perisian inilah salah satu jalan penyelesaiannya.. Joseph Balena telah menamakan perisian ini sebagai Photoscape. Beliau mmg berpengetahuan luas dalam bidang fotografi dengan di bantu oleh beberapa rakan, beliau menghasilkan perisian tersebut utk tujuan dalam bidang fotografi.Malahan beliau menawarkan kpd semua yang berminat utk memiliki perisian tersebut secara percuma tanpa dikenakan apa2 bayaran...Di dalam perisian boleh la nak dikatakan lengkap juga la citarasa terdesak aku nii ada RAW Converter, Splitter, Viewer, Screen Capture, Editor & Batch Editor, Color Picker ...ehh macam2 lagi malas laa nak bagi tau...kalau nak download dan cuber sendiri.....nanti kalau dah dapat software nii jgn la sombong ngan aku...nnt aku sumpah jadi batu kang!!!

Rabu, 12 November 2008

Tolongggg...aku di serbu...

Aku bukan superstar.. bukan artis...bukan pelakon...menteri pun bukan....Tolong...tolong...aku di serbu...oleh beberapa orang yang aku kenali...selepas membuat satu tawaran...
Laa rupernyer aku di serbu kerana Software Lucis jer ...hampeh tul...bikin aku perasan jer..
tunggu laa kengkawan yang suka main ngan gambar dan tangkap gambar tuu.. ader satu lagi senjata yang aku miliki tapi sukar korang miliki... tunggu jer laa akan aku tunjuk hasilnya....kepada yang dah ader tuu tahniah laa.. Seronok betul guna sofware nii .... memberikan hasil yang cantik yang tak pernah aku fikir...terima kasih pada kengkawan yang memberitahu aku maklumat nii..kalu tak tahu laa..

Selasa, 11 November 2008

Lucis Pro.v5.0.3.. nak cuba ker


Ini salah satu hasil kerja dari LucisPro v5.0.3...gambar tuuu jangan tanyer laa aku dah mintak izin kat tuan punyer gambar kira2 beberapa bulan yang lalu...jadi kalau nak software niii untuk mencuba nyer sila la datang ke SettodeArtiste RBP..yang nii tak yah pengeras ker, ayam panggang ker, pulut kuning ker macam kawan aku mintak macam2 tapi kalu ader pulut panggang bawak laa ..pasal lamer dah tak pekena ....

LucisArt 3 ED/SE Plugins Photoshop



Dengar cerita adalah kengkawan saya ni sedang mencari satu Photoshop Plugins yang namenyer LukisArt..eeeh bukan LucisArt..lebih kurang macam laa tuu bunyi nyer. Jenuh juga laa saya menyelongkar website mencari software tersebut.. naik biru mata hitam ku...naik muntah otak ku memikirkan....bagaimana caranyer nak dapatkan plugin tersebut.. Dengan adernyer plugins tersebut mereka nii boleh laa menghasilkan hasil kerja seni yang mereka idamkan tuu... tapi malang nyer plugins tersebut sukar untuk dimiliki ..maklum laa bukan nyer percuma kene beli melalui internet..nak beli pulak kene la pakai kad kredit itu cara yang paling mudah untuk dapatkannya...takder jual kat malaysia nii pulak tuu ... saya difahamkan begitu laa kata mereka... Tapi kalau nak software Lucis Pro 5, saya ader kalu nak datang laa jumpa saya..efek dia samer jer...software dari company yang sama...nak cuba boleh juga..meh laa. Ipoh mali talak sombong..tapi kalau lu sombong terjun lombong laa.. "nak mintak jangan mencuri" mak aku cakap. Kepada yang terbaca artikel saya nii kalau ader mempunyai Plugins tersebut boleh kiranyer kita berkongsi...jangan la kedekut...

Isnin, 10 November 2008

RUPANYA KITA MERACUNI DIRI SETIAP HARI

Saya tertarik dengan sebuah artikel kepenggunaan dalam akhbar mingguan Siasah (28 September-4 Oktober 2008) bertajuk "Fahami maksud simbol pada barangan plastik" yang ditulis oleh Hamdan MS. Saya ingin memohon kebenaran saudara Hamdan untuk menyebarkan semula maklumat ini dalam blog saya demi kepentingan masyarakat.Sebagai pengguna, kita harus tahu bagaimana untuk menggunakan barangan plastik serta bahayanya jika kita menggunakannya secara tidak betul. Sebenarnya terdapat simbol yang membolehkan kita mengetahui maksud ketahanan plastik tersebut.
Tanda tersebut adalah seperti berikut:
1. Berada atau terletak di bahagian bawah plastik itu.
2. Berbentuk segitiga.
3. Di dalam segitiga tersebut terdapat nombor.
4. Nama jenis plastik terletak di bawah simbol

JENIS PERTAMA
Angka 1 di tengahnya serta tulisan PETE atau PET (Polyethylene Terephthalate) di bawah segitiga. Biasa digunakan untuk botol plastik, berwarna jernih/lut sinar seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman. Botol ini hanya boleh digunakan sekali sahaja. Jika terdapat air panas di dalamnya, ianya akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut meleleh dan mengeluarkan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.Sila klik topik di atas atau 'Full Post' di bawah untuk mengetahui jenis kedua dan seterusnya.

JENIS KEDUA
Angka 2 ditengahnya, serta tulisan HDPE (High Density Polyethylene) di bawah segitiga. Biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu, tupperware, serta bekas air minuman. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuannya mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman. Ia juga hanya elok di pakai sekali sahaja.

JENIS KETIGA
PVC bermaksud Polyvinyl Chloride. Plastik ini biasanya terdapat pada plastik pembungkus (cling wrap) dan botol-botol. Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan. Sebaiknya kita harus mencari alternatif pembungkus makanan lain (bukan bertanda 3 dan V) seperti plastik yang diperbuat dari polietilena atau bahan alam seperti daun pisang.

JENIS KEEMPAT
Angka 4 di tengahnya, LDPE (Low Density Polyethylene) ialah plastik coklat (thermoplastic/diperbuat dari minyak bumi), biasa di gunakan sebagai tempat makanan, bekas plastik, dan botol-botol yang lembik.Barang berbahan LDPE ini sukar dihancurkan namun tetap baik untuk tempat makanan.

JENIS KELIMA
Angka 5 di tengahnya, PP (Polypropylene) adalah botol lutsinar biasa yang tidak jernih. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah,ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi dan cukup mengkilap.Jenis ini adalah pilihan bahan plastik terbaik, terutama untuk tempat makanan dan minuman serta yang terpenting botol minum untuk bayi.

JENIS KEENAM
Angka 6 di tengahnya, PS (Polystyrene) biasa digunakan sebagai tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai dan lain-lain. PS merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika bersentuhan dengan bahan tersebut. Selain tempat makanan, styrene juga terdapat dari asap rokok, asap kenderaan dan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak ia juga mengganggu hormon estrogen pada wanita yang mengakibatkan masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf. Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning jingga dan meninggalkan jelaga.

JENIS KETUJUH
Angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER. Untuk jenis plastik 7 Other ini ada 4 jenis iaitu:1. SAN - styrene acrylonitrile2. ABS - acrylonitrile butadience styrene3. PC - polycarbonate4. NylonBoleh didapati pada tempat makanan dan minuman seperti botol minum olahraga, komputer, alat-alat elektronik. Barangan plastik SAN dan ABS bertindak tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan. Biasanya terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus thermos, piring, alat makan, penapis kopi dan berus gigi. ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan Lego. Plastik jenis ketujuh ini merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan dalam barangan makanan ataupun minuman.

PANDUAN KEPADA PENGGUNA
1. Simbol berangka 1, 3, 6 dan 7 (PC), seluruhnya memiliki bahaya secara kimia. Gunakan hanya sekali pakai.
2. Selamat jika menggunakan plastik bersimbol 2, 4, 5 dan 7 ( SAN atau ABS)
3. Hindari penggunaan botol plastik untuk menyimpan air minuman. Jika penggunaan botol plastik berbahan PET (simbol 1) dan HDPE (simbol 2) , tidak dapat dielakkan, dan gunakanlah untuk sekali pakai. Gantilah dengan botol stainless steel atau gelas/kaca.
4. Cegahlah memanaskan makanan yang disimpan dalam plastik khususnya pada oven. Bungkuslah terlebih dahulu makanan dengan daun pisang atau kertas sebelum dibungkus dengan plstik pembungkus ketika dipanaskan dalam mikrowave.
5. Cegah menggunakan barangan plastik untuk mengemas makanan berminyak dan berlemak.
6. Cegah penggunaan piring dan alat makan plastik untuk masakan. Gunakanlah alat makan berbahan stailess steel, kaca, seramik dan kayu. Sekiranya benar fakta ini, secara tidak langsung kita meracuni diri kita setiap hari. Tanpa kita sedari atau memang kita tahu tetapi sering buat acuh tak acuh, bekas plastik yang kita isikan minuman dan makanan telah menjadi racun yang memudharatkan kesihatan dan kesannya bukan sekarang, tetapi dalam jangka masa panjang.