Alhamdulillah.....Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar.....Syukur kepada Allah dengan anugerah yang telah dikurniakan kepada hamba kerna dapat mengatasi segala permasalahan yang hamba lalui sepanjang dua bulan niii dengan sebaik-baik nya moga-moga berkekalan dengan berkat kesabaran...kalau nak ikut kan marah pun tak kemana pergi nya ..kalau nak ikutkan sabar takkan menjadi segalanya. Batas kemarahan serta kesabaran sebagai hamba Allah yang lemah ini yang senantiasa dipenuhi kesalahan2 mau yang kecil ataupun besar, yang disedari atau pun tidak,yang nampak atau tidak itu... ada tahapnya.
Hingga akan berlaku kejadian yang disebaliknya jika merasa diri tercabar akan kesabaran & kemarahan...maka hendak lah kita mengawalnya dengan iman yang kuat, akal yang baligh lagi sempurna pemikirannya, ilmu yang kita pelajari mahupun sedikit tapi berkekalan dan bertambah-tambah. Jangan biar kesabaran dicabar, jangan biar kemarahan kita dipersenda-sendakan....kalau nak rasa cuba la sekali..tak cuba tak tau, kalau dah cuba baru hang tau rasa nak putus kepala buat laaa...Jangan biarkan kemarahan seseorang menjadi dendam yang berterusan. Iblis berusaha untuk menyesatkan kita dengan pelbagai cara maka inilah salah satu di antara cabang kesesatan yang diusahakannya.
Kata ustadz ketika saya mempelajari ilmu agama tak la banyak menuntut ngan ustadz tuu sikit jer..pesannya jika kita marah pada ketika itu jangan sampai iblis menghasut hingga sanggup melakukan perbuatan di luar batasan akal, maka yang marah ketika itu bukan lah diri kita yang sebenarnya... cam tuu la bunyinyer.Lagi satu kalau marah segeralah mengambil wudu' bagi meredakan kemarahan tersebut semoga mendapat menggantikannya dengan amal yang baik. Berzikir & beristighfar laa banyak2 agar dapat menjauhkan kita dari sifat pemarah. Kata ustadz tu lagi marah juga boleh mendatangkan syirik yang kita sendiri tidak sedari berlaku sedemikian. Kalau salah tu mintak maaf jer laa, saya ni bukan mahir sangat bab agama nii maklum laa belajar pun sekadar untuk keperluan diri sendiri ajer agar tidak sesat di penghujung hayat..