Jumaat, 7 November 2008

Masjid Ubudiah & kenangan silam




Ini adalah salah satu mercu tanda di kampung halaman aku ...bangga juga aku kerana bukan setakat dalam malaysia jer yang tahu masjid nii malahan boleh katakan seluruh dunia mengenali nyer..tak gitu Yop Raduan... nak cerita sikit pasal masjid nii ...kisah mistik ader, kisah lucu ader, sedih pun ader..malahan banyak jugak la sejarahnya bemula di masjid nii...Dulu mase aku kecik-kecik kira mase tuu umur pun dalam 10 tahun laa...ramai kawan kawan yang duduk kat area masjid niii... jadi di masjid ini laa tempat pertemuan kami.. pelbagai aktviti dilakukan... masjid ni dulu meriah ...berbeza betul... tak macam sekarang nak tengok bebudak main kat kawasan masjid pun susah... pasal dah ader pengawal keselamatan.... tak boleh itu tak boleh ini..... macamana la bebudak sekarang nak terpaut hati kat masjid.... tapi yer la kan sejak banyak kes-kes kecurian peralatan masjid berlaku ..menjadi-jadi pulak ...tu yang diaorang letakkan pengawal tuu.. tak salah pentadbiran masjid jugak..utk keselamatan..tak kisah laa...


Ni nak cerita sikit pengalaman di masjid nii mase ader majlis Qiamullail ...sibuk penduduk di sekitar Bukit Chandan nii nak menghadirinyer... majlis tuu mula pukul 4 pagi maka ader yang nak tidur di masjid ader yang nak tidur di rumah ..aku pun aper lagi lepas jer sembahyang isyak berjemaah beritahu kat kengkawan aku bahawa aku nak tidur di masjid takut nanti terlepas peluang aku nak ikuti majlis tersebut jikalau aku tidur kat rumah...apalagi kengkawan aku pun sibuk laa nak ikut sama...maka pun sibuk membuat persiapan...balik rumah dulu ambil aper yang patut dan beritahu kat mak aku .."Mak malam nii andi (panggilan di kampung) tidur di masjid ader majlis Qiamullail"...kata aku pada mak..."Hmm bebaik jangan ingke (rujuk Kamus Dialek Perak pada blog http://suteramalaya.blogspot.com) sangat kat situ...masjid tuu bukan tempat main, ader penjaga nyer ...ingat tuu" balas mak aku memberi pesan. "Aaa baik laa.." balas aku. Lepas tuu aku pun segera ke masjid. Sampai sahaja aku lihat kengkawan aku sedang menunggu aku sambil berborak dengan orang tua-tua di situ.."ha kamu pun nak tidur disini jugak ker" kata Pak Mat Tok Siak bertanya padaku..."Yer ler Pak Mat" jawab ku...."Bebaik la korang tuu kalu tidor tuu karang jangan laa tidor kat pintu masuk atau kat tempat ibadat " kata nyer kepada kami semua..."Ok ..." jawap kami berlima kesemuanya.. Jam pun dah menunjukkan pukul 11.30..lampu di dalam dan di luar telah ditutup cuma lampu di bahagian tempat wuduk dan mimbar masjid jer yang masih terpasang...sengaja di pasang..."Eh takkan kiter jer yang tidur di masjid maner yang lain nyer" tanyer aku pada kengkawan... "Maner ader yang lain nyer kiter jer...diaorang semua tidor kat rumah..pukul 4 nanti baru datang.." kata Khalid anak Pak Tak.. "Tak ngaper la kite pun boleh laa" balas ku. "Nak tidor kat maner nii...dalam ker luor.."tanya Lee anak Pak Mat Jegey.. "Jom kita tidor kat dalam laa..dalam best ader kapet kat luor nii sejok lantai marble...maner tahan." jawab Am anak Cikgu Ali.."Orait jugak tuu" balas Usop anak Haji Nokman posmen. Kami segeralah ke dalam masjid..mencari posisi tempat untuk melelapkan mata... "Woi! Am ...Khalid... jangan tidor situ..tadi kan pak Mat dah cakap..."tegur ku pada mereka..."Ahh Pintu banyak yang maner satu dia tak cakap pun lagipun tidur dekat pintu ader angin masuk ... kalau ader jemaah sampai boleh dengar dia melangkah masuk.."jawab Am berdegil... "Lantak korang laa" balasku..aku pun merebah badan dan melelapkan mata..Usop dan Lee entah kemana tidor nyer ..sekejap keluor masuk berulang kali...tak tahu la berapa kali ...Tanpa disedari telah pun melelapkan mata.......zzzzzzzzzzzzzzzzz...........Sedang lena diulit mimpi..tiba-tiba aku tersedar bunyi riuh rendah di luar masjid.... aku segera bangun, aku dapati kawan-kawan ku tiada dalam masjid.. aper lagi aku bergegas keluar...aku tengok beberapa jemaah yang lain dah sampai...aku ingat majlis nak mula..rupa-rupa nyer Am, Khalid, Lee dan Usop dalam keadaan terpinga-pinga dikerumuni para jemaah yang baru sampai.. aku cuba bertanya pada salah seorang yang berada di situ.."ngape diaorang tuu" tanya ku.."hmm diaorang nii tidor kat tepi kolah tempat ambik wuduk sampai tak sedor orang datang kejutkan"... jawab salah seorang jemaah yang aku kenali tuuu. ""haa tu laa aku dah cakap korang nii tak nak dengor ...begik bebenor" kata pak Mat. Aku pun aper lagi segera memanggil mereka semua ke suatu sudut yang sunyi.. " Ape ke hey nyer!!...kome nii...malam tadi kan tidor kat dalam pastu subuh-subuh nii pulak tiba-tiba dah berlingkor kat tepi kolah.." tanya ku pada mereka berempat. "Entah laa semalam aku,Lee,Usop dan Khalid dah berpakat nak pekenakan ko, dalam dok sibuk nak perancangan nak pekenakan ko tiba-tiba kami semua terus terlelap sebab mengantuk.....Sebelum tu aku panggil Usop ngan Lee tidor dekat dengan aku ...tinggalkan ko sorang jer tidor kat tepi dinding..tapi alih alih pagi kami semua yang terkena. Kami sangkakan kamu yang mengangkat kami berempat dan letakkan kami kat tepi kolah niii...Mustahil jugak!..takkan laa kamu sorang larat mengangkat kami berempat. Kalau angkat mungkin kami dah sedor."ujar Am menceritakan keadaan sebenarnya. "Nii yang pelik nii.." kata Usop... Lee dan Khalid mengangguk kepala setuju dengan apa yang diluahkan oleh Usop tuu. "Hish kome nii aku maner larat nak angkat...tengok laa badan kome memasing..besor gajah.."kata aku menafikan dakwaan Am. "Kalau macam ni aku tak jadi laa ikut majlis nii ... nak balik laa rase tak sedap badan pulak." kata Am. "Aku pun sama laa" sahut Khalid. "Tak jadi laa...aku ngan lee pun nak balik....rase nak demam pulak badan nii.."kata Usop sambil Lee menganggukkan kepala tanda setuju.>>>Hmm aper nak buat nampak aku seorang jer laa ikut majlis nii tanpa kengkawan...bisik hati ku.

Selepas selesai sahaja majlis Qiamullail dengan berakhir solat Subuh tuu aku pun terus balik ke rumah.. sesampai saja dirumah aku bertanya kepada mak aku..dan menceritakna hal yang terjadi di masjid... Mak aku tersenyum dan berkata " Tu la jangan tak percaya cakap mak...kan mak dah cakap...nak tahu sebabnyer ...di masjid tuu Jin Islam berpakaian serba hijau..tiap2 malam jin tuu datang masjid....bersolat kat situ.Antara masjid, makam dengan Istana tuu tempat dia selalu berulang alik.."terang mak aku pada ku.. Oo baru laa aku tau...semenjak hari aku tak der laa ingke sangat..Mungkin jin tuu marah pada kawan2 aku pasal menghalang laluan di masuk ke dalam masjid tuu. Apa pun alhamdulillah aku tak kena macam kawan2 aku..tuu la orang pesan jangan degil cakap orang tua-tau pasal ada jugak kebenaran nyer..Sehingga ke hari ini perkara itu masih berlaku pada mereka yang kurang mempercayai nyer ..bukan setakat dipindah ke kolah tempat wuduk tuu malahan ke makam Di Raja bersebelahan masjid pun pernah berlaku..tapi itu dulu sekarang dah tak boleh dah tidor dalam masjid tuu semenjak dah ader pengawal keselamatan. Kalau tak percaya nak cuba laa... datang la ke masjid nii.(bahkan pengawal yang pernah menjaga masjid nii pun pernah nampak)Sekian laa setakat nii aje....

Khamis, 6 November 2008

Lawak Sejenak...

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya minta dibantu. Namun tidak ada sebuah kereta pun berhenti. Tiba- tiba datangla sebuah kereta evo7 berhenti di sebelah kancil tadi. "Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?" tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an. "Aa rosak " jawap pakcik tu simple aje.... "Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai kat tol" mamat nie bagi idea. "orait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam" .."Ok pakcik" ..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. Dia pun jalan la..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik.. Tiba-tiba ada sebuah skyline datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7. Apa lagi, jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar skyline nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia. Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi high beam bagai nak rak.. Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan. Vrooommm.... ..bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya samankereta-kereta yg laju nie... "Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju....sebuah skyline, sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye....... ..sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan high beam nak potong!!!'

Rabu, 5 November 2008

Ikan Misteri





















Pada yop-yop yang kaki mancing pernah jumpa ker ikan nii....