Khamis, 7 Mei 2009

Jenis Darah Refleksi Peribadi - Sejauh manakah kebenarannya.




Ini adalah salah satu email yang diterima oleh saya baru-baru ini.Agak sukar jugak untuk saya menerima akan kebenaran dan kesahihannya,benarkah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri.

DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan
sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan
kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang
melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai
matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan
memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius
dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu
sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar
tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu
gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan
diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling
mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan
mu.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu
itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang
memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil
dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu
untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan
kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang
terabai.

DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa
dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu
jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam
melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan
cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah
bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun
kelompok golongan tertentu.

Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu
yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu
mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan
kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita
boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas
terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB
ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang
berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu.

Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap
menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan
biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.


Kesimpulan:-
Persoalannya sejauh manakah kebenaran kajian yang dilakukan oleh mereka ini. Kadang-kadang, yang penting bukan benar atau salahnya sesuatu itu, tetapi adakah kita telah syirik kepada Allah atau tidak.Dengan cepat mempercayai sesuatu perkara itu tanpa menggunakan akal, iman dan ilmu maka janganlah cepat mempercayai sesuatu perkara itu tanpa perkabaran yang tepat dan diselidiki terlebih dahulu kebenarannnya. Ingatlah dengan firmanNnya “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu
kaum itu melainkan kaum itu (terlebih dahulu) mengubah
apa yang ada dalam dirinya". Jika ianya berlaku sekalipun mungkin ianya hanya kebetulan sahaja, Wallahhualam..

Tiada ulasan: