Khamis, 20 November 2008

Lagu Geng Labon versi Indon

Lagu niii ..ditujukan khas untuk Geng Labon...yang asyik ngan labon-labon nyer..tak kira di kantin, di studio, di bilik ....yer laa di mana-mana saja kalau nak diceritakan banyak sangat tempat... asalkan boleh berlabon...sambil nyanyi pun nak berlabon macam klip video nii....

apa pun dengor jer laa dan layannn... kalu paham bagitau ..kalau tak paham buat2 paham dah laa..sambil labon leh ngorat..boleh menyanyi..boleh macam2 lagi..teruskan berlabon sampai tak larat dan tak tahu aper yang nak dilabonkan lagi...titik

Sabtu, 15 November 2008

Telefon...bil naik


Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;
Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah,ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.
Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.
Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.
Maid: Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya.

Jumaat, 14 November 2008

Photoscape+Photoshop


ini adalah hasil gabungan efek dari dua perisian cepat dan pantas..bukan nak promote anak dara tuu yer.. pasal gambar nii kualiti kurang bagus kene la touchup lebih sikit dengan penggunaan 2 perisian tuu.. pada aku boleh laaa..aku tak berapa bagus sangat nak dibandingkan ngan kawan2 aku nii...

Khamis, 13 November 2008

Photoscape..mungkin citarasa anda...



Adakah anda mengenali beliau...atau pernah menggunakan perisian yang telah beliau cipta utk menghasil karya fotografi yang memenuhi citarasa anda atau pelanggan anda..Beliau adalah Joseph Balena seorang masters dalam fotografi dalam pelbagai sudut seni foto.....http://www.photoscape.com/Balena%20Pics.htm.
Beliau telah menghasil satu perisian Photo Retouching dengan pelbagai teknik serta efek yang mudah dan cepat yang hampir menyamai pencapaian Photoshop..namun ader yang kurang lengkap pada perisian tersebut...Bagi kaki foto yang kesuntukan masa atau yang kurang pengetahuan dalam perisian Photoshop.. maka jawapan nyer perisian inilah salah satu jalan penyelesaiannya.. Joseph Balena telah menamakan perisian ini sebagai Photoscape. Beliau mmg berpengetahuan luas dalam bidang fotografi dengan di bantu oleh beberapa rakan, beliau menghasilkan perisian tersebut utk tujuan dalam bidang fotografi.Malahan beliau menawarkan kpd semua yang berminat utk memiliki perisian tersebut secara percuma tanpa dikenakan apa2 bayaran...Di dalam perisian boleh la nak dikatakan lengkap juga la citarasa terdesak aku nii ada RAW Converter, Splitter, Viewer, Screen Capture, Editor & Batch Editor, Color Picker ...ehh macam2 lagi malas laa nak bagi tau...kalau nak download dan cuber sendiri.....nanti kalau dah dapat software nii jgn la sombong ngan aku...nnt aku sumpah jadi batu kang!!!

Rabu, 12 November 2008

Tolongggg...aku di serbu...

Aku bukan superstar.. bukan artis...bukan pelakon...menteri pun bukan....Tolong...tolong...aku di serbu...oleh beberapa orang yang aku kenali...selepas membuat satu tawaran...
Laa rupernyer aku di serbu kerana Software Lucis jer ...hampeh tul...bikin aku perasan jer..
tunggu laa kengkawan yang suka main ngan gambar dan tangkap gambar tuu.. ader satu lagi senjata yang aku miliki tapi sukar korang miliki... tunggu jer laa akan aku tunjuk hasilnya....kepada yang dah ader tuu tahniah laa.. Seronok betul guna sofware nii .... memberikan hasil yang cantik yang tak pernah aku fikir...terima kasih pada kengkawan yang memberitahu aku maklumat nii..kalu tak tahu laa..