Jumaat, 16 Januari 2009

Kalau nak buat dosa pikir laa dulu........akibatnya

Ada seorang soleh yang sangat patuh kpd perintah agama,dan senantiasa menjaga diri drpd segala bentuk maksiat dan keburukan, sehingga pada satu malam terlintas di dalam hatinya hendak berzina dengan seorang wanita cantik jelita kerana terpesona dengan kejelitaannya.

Kebetulan pd ketika itu , disampingnya ada sebuah pelita yang baru saja dinyalakan untuk menerangi rumahnya. Maka dia pun terus menajamkan pandangannya pada api yg sedang bernyala-nyala pd sumbu pelita itu.

Kemudian berbisik pada dirinya sendiri: "Engkau mengajak aku melakukan perkara terkutuk dgn wanita itu? Baiklah! Aku akan meletakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu, kiranya ia tahan panasnya, nescaya aku turutkan kemahuanmu (nafsu) itu."

Lantas orang soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu tadi. Dan dia cuba menahan diri dari kepanasannya, sehingga hampir-hampir nyawanya akan tercabut kerana tidak tahan panas yang dideritanya itu.

Lalu segera dia berteriak: "Wahai jiwa (nafsu), tahniahlah engkau!, rupanya engkau tidak tahan. Ini baru drpd kepanasan api dunia, engkau sudah tidak tahan, padahal api dunia itu telah disejukkan oleh Allah S.W.T. dgn air sebanyak 70 kali ganda agar manusia boleh bertentangan dengannya.
"Kalau hanya menghadapi api dunia, engkau sudah tidak tahan, apatah lagi untuk menghadapi api neraka, yang panasnya 70 kali ganda lebih dahsyat kepanasannya daripada api di dunia ini," tambah orang soleh itu.
Lalu orang soleh itu pun berpaling dari niatnya untuk melakukan dosa lantas bertaubat. Sejak hari tiu hatinya tidak tidak pernah diganggu lagi oleh lintasan buruk seperti itu.

Rabu, 24 Disember 2008

Alhamdulillah....


Alhamdulillah.....Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar.....Syukur kepada Allah dengan anugerah yang telah dikurniakan kepada hamba kerna dapat mengatasi segala permasalahan yang hamba lalui sepanjang dua bulan niii dengan sebaik-baik nya moga-moga berkekalan dengan berkat kesabaran...kalau nak ikut kan marah pun tak kemana pergi nya ..kalau nak ikutkan sabar takkan menjadi segalanya. Batas kemarahan serta kesabaran sebagai hamba Allah yang lemah ini yang senantiasa dipenuhi kesalahan2 mau yang kecil ataupun besar, yang disedari atau pun tidak,yang nampak atau tidak itu... ada tahapnya.

Hingga akan berlaku kejadian yang disebaliknya jika merasa diri tercabar akan kesabaran & kemarahan...maka hendak lah kita mengawalnya dengan iman yang kuat, akal yang baligh lagi sempurna pemikirannya, ilmu yang kita pelajari mahupun sedikit tapi berkekalan dan bertambah-tambah. Jangan biar kesabaran dicabar, jangan biar kemarahan kita dipersenda-sendakan....kalau nak rasa cuba la sekali..tak cuba tak tau, kalau dah cuba baru hang tau rasa nak putus kepala buat laaa...Jangan biarkan kemarahan seseorang menjadi dendam yang berterusan. Iblis berusaha untuk menyesatkan kita dengan pelbagai cara maka inilah salah satu di antara cabang kesesatan yang diusahakannya.
Kata ustadz ketika saya mempelajari ilmu agama tak la banyak menuntut ngan ustadz tuu sikit jer..pesannya jika kita marah pada ketika itu jangan sampai iblis menghasut hingga sanggup melakukan perbuatan di luar batasan akal, maka yang marah ketika itu bukan lah diri kita yang sebenarnya... cam tuu la bunyinyer.Lagi satu kalau marah segeralah mengambil wudu' bagi meredakan kemarahan tersebut semoga mendapat menggantikannya dengan amal yang baik. Berzikir & beristighfar laa banyak2 agar dapat menjauhkan kita dari sifat pemarah. Kata ustadz tu lagi marah juga boleh mendatangkan syirik yang kita sendiri tidak sedari berlaku sedemikian. Kalau salah tu mintak maaf jer laa, saya ni bukan mahir sangat bab agama nii maklum laa belajar pun sekadar untuk keperluan diri sendiri ajer agar tidak sesat di penghujung hayat..

Selasa, 23 Disember 2008

Orang diam kene pijak kepala...

Kadang2 apabila kite diam, sesetengah orang akan berkata bahawa seseorang tu sombong laa,tak mahu bermasyarakat laa, egois laa, hati lembut laa, penakut la, dayus laa....ah mcm2 lagi kata2 yang bakal dilemparkan pada si pendiam dan yang sememangnyer mempunyai sifat yang sedemikian...tanpa mahu menyiasat kenapa si pendiam nii mendiamkan diri, mungkin kerana sifatnya yang demikian maka banyak la andaian serta prasangka buruk yang terbit dari hati2 manusia yang sememangnyer mempunyai titik hitam...malah tidak berusaha untuk mencuci pula titik hitam itu dengan amalan kebaikan ataupun zikir, istighfar dan sebagainya...
Tapi kalau kita kurang bercakap (pendiam) lain pulak jadinyer senang2 jer orang nak piljak kepala kita..ni laa yang terjadi pada kita selalunya...orang akan mengambil kesempatan atas kelemahan yang kita tunjukkan itu...Tapi AWAS yang diam ini selalunyer berisi, bukan maknanyer diam kosong...sekali dia naik angin habis semua kene tempias nyer.Kalau diam kosong itu menunjukkan kebodohan kita sendiri, kita yang rugi tanggung sendiri atau sendiri mau ingat laa...sapa suruh lu diam.
Orang pendiam ni adakalanya ada yang cerdik & ada yang bodoh, tapi kebanyakan banyak cerdik dari bodoh...yang mempunyai agenda tersendiri mengapa mendiamkan diri...
Apapun lebih baik diam dari berkata kerana orang yang banyak berkata-kata lebih banyak menonjolkan kebodohan nyer apabila dia berkata atau membuat sesuatu...
terpulanglah setiap individu itu untuk menilai baik dan buruk nyer..

Khamis, 18 Disember 2008

nak update...!...waaaaa....


apa la nasib hamba nii nak update blog x dpt...nak explore blog member2 pun x dpt.. nak itu nak ini pun tak dapat..abih semua tergendala..dek akibat bencana tsunami komputer hamba yang kurang asam nii...ini semua angkara dek si CH..D.. laa asyik bagi komputer yang ader masalah, rasanyer dah dua kali hamba mempopulerkan nama si CH..D.. nii di dalam ruangan blog hamba nii..kalau macam nii laa gaya nyer bior la hamba tutup blog hamba nii...hari nii masuk hari yang kesembilan bagi komputer tuu mendiamkan diri nyer buat mase nii..tak tahu laa aper nasib dia lepas nii.. mungkin patut mintak yang baru kot,tapi bile yang nak dapt yang baru nyer...kate sebelum raye yang baru naks sampai..sampai la ni habuk pun tarak..ckp tak serupa, dah laa bahasa pun lain... maner nak sama tapi mempunyai maksud yang satu..aper niii..@ # $ ^ % $ # #...kalu ikut ati nak jer aku jual komputer nii...nasib baik ader tulis gomen yang punyer ..eeeiiiii.. kalau idak leboh dah nii...

Ahad, 7 Disember 2008

Wahai...kambing

Wahai saudara saudari sekalian ...kalu bijaksana dan bijaksini atau bijaksinun...berapa ekor kambingkah yang terdapat dalam ini gambar... tolong bagitau...... kambing nii tak jadi nak buat korban pasal belum pun cukup umur.. nasib kambing ni baik untuk tahun nii..tahun depan tak tahu laaa....wahai kambing yang dua ekor tuu jeles agak nyer...